Monday, 9 July 2012

Mahasiswa dan Politik


Mahasiswa,menurut Pro- Mahasiswa USM, jika dilihat sendiri secara harfiah pada perkataan M.A.H.A.S.I.S.W.A, sebenarnya ia terdiri oleh 2 suku kata iaitu maha yang membawa maksud besar dan berkuasa; dan siswa yang merujuk pada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi. Hasil sintesis kedua-dua suku kata ini memberi makna yang lebih tinggi iaitu satu ‘bangsa’ yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan belajar di institusi peringkat tinggi, tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki oleh mereka.
Manakala, politik menurut Razzi Zahri (2012), adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Pada 19 April lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus, sebagai sebahagian transformasi politik negara yang dilakukan kerajaan.
Dengan adanya pindaan baru ini,adalah sangat diharapkan oleh sebahagian mahasiswa yang sangat berminat untuk menceburkan diri dalam arena politik. Pindaan ini membolehkan mahasiswa untuk bergiat secara terang -terangan ataupun secara langsung dalam dunia politik
Fenomena ini adalah sangat tidak adil jika tidak dihiraukan kerana ada di antara mahasiswa - mahasiswa yang sangat berminat dan mahu untuk menonjolkan diri mereka dalam pentadbiran politik kerana kononnya mereka mempunyai ideologi moden yang tersendiri dan mampu untuk melakukan perubahan dalam sistem politik dn juga pentadbiran dalam negara.
Ianya sangat bagus sekiranya mahasiswa - mahasiswa ini mempunyai impian dan kesungguhan yang jitu dalam usaha untuk memperbaiki sistem politik dan pentadbiran negara, namun adalah diingatkan bahawa sebarang anasir- anasir yang kurang baik, unsur - unsur fitnah adalah dilarang sama sekali.
Sekiranya mahasiswa gagal dalam melaksanakan garis panduan yang diberikan tersebut, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka. Mahasiswa sepatutnya mempunyai daya fikir yang tinggi selaras dengan apa yang ingin diperjuangkan oleh mereka tanpa menimbulkan sebarang kekecohan dan juga perbalahan yang akhirny merugikan semua pihak.
Berdasarkan pernyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pindaan AUKU 2012 menunjukkan bahawa kerajaan tidak menyekat hak dan kebebasan golongan muda dalam politik dan juga dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara, selain mengelakkan sesetengah pihak menimbulkan isu - isu yang menyatakan kerajaan tidak prihatin terhadap golongan muda dan menambah bilangan individu yang menyelar dan mengkritik kerajaan.
Mahasiswa dan politik mungkin kedengaran agak canggung bagi sesetengah pihak, terutamanya golongan yang tua dan terlebih dahulu mengikuti asam garam dunia politik, namun mahasiswa pada masa kini dikatakan lebih matang dan mereka seharusnya bersikap sedemikian rupa bagi membuktikan kepada pihak yang terlibat dalam pindaan AUKU merasakan apa yang mereka lakukan adalah tepat.
Namun begitu, mahasiswa haruslah mengkaji dan memahami dhulu apa itu politik, mengapa ianya penting dan apa yang harus diperjuangkan serta langkah-langkah yang perlu diambil kira dalam mengimplementasikan sesuatu polisi bagi menjamin kesejahteraan negara.
Pada masa kini, kebanyakan mahasiswa dilihat terlalu taksub akan parti politik yang dianggotainya sehinggakan sanggup untuk mempertahankan apa jua isu dan juga permasaalahan walaupun ianya kadang-kadang agak tidak masuk akal. Mahasiswa seharusnya menjadi lebih kreatif dan berfikir tentang apa yang baik dan apa yang salah untuk diperjuangkan.
Tidak dinafikan bahawa golongan muda adalah sangat penting dalam sesebuah parti politik berikutan perubahan zaman dan sekaligus perubahan keperluan rakyat dalam menjalani kehidupan seharian serta untuk mencapai Wawasan 2020 dan juga untuk menjadi lebih berdaya saing di peringkat global.
Idea dan juga rancangan pembaharuan yang khususnya mampu difikir oleh golongan muda seperti mahasiswa ini walaubagaimanapun haruslah selaras dengan kondisi negara yang berbilang kaum tanpa menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagan Malaysia.
Mahasiswa yang dikatakan semakin matang dewasa ini kadang-kadang lupa akan batas- batas mereka sebagai seorang mahasiswa ataupun pelajar dalam erti kata lain dengan menggunakan pelbagai medium yang bercanggah dengan apa yang dipersetujui kerajaan dan pihak berkuasa. Mahasiswa patut matang dalam membuat keputusan dan menggunakan medium yang betul untuk menyalurkan sebarang ketidakpuashatian mereka.
Bagi sesetengah mahasiswa yang merasakan politik dalam kalangan mahasiswa hanyalah salah satu senjata parti politik dalam mengaut undi adalah sangat tidak benar. Persoalan mahasiswa dan politik ini adalah sangat subjektif kerana ia bukanlah bermatlamatkan sedemikian, sebaliknya memberi peluang kepada mahasiswa yang berminat untuk mendalami lagi ilmu tersebut sekaligus memberi ruang kepada pendapat muka baru.
Namun, harus diingatkan bahawa, mahasiswa-mahasiswa ini haruslah mempunyai asas yang kukuh dan tahu akan teras perjuangan parti politik masing- masing agar tidak dijadikan "kambing hitam" ataupun digelar "anjing" bagi sesebuah parti politik.
Apa yang paling penting, harus diingatkan bahawa mahasiswa - mahasiswa ini haruslah konsisten dan tidak mengabaikan tanggungjawab utama mereka sebagai pelajar dan mahasiswa sesebuah institusi. Perkara ini sangat pening bagi menjadikan mereka seorang ketua yang mampu berdepan dalam apa jua keadaan dan konsisten dalam melaksanakan sebarang tugas.
Apa yang dituntut adalah komiten dari penaja pengajian serta institusi pengajian dan harapan ibu bapa agar keharmonin dan kesejahteraan dalam kampus dan kekeluargaan dapat dipelihara tanpa berlakunya sebarang kekecohan dan mengganggu hak pelajar lain untuk belajar dengan soal berpolitik yang melampau.

Mahasiswa dan politik turut boleh mendatangkan pengaruh yang kurang baik contohnya kesan dari politik yang melampau, mahasiswa terbabit mungkin lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan keadaan ini akan menyebabkan dia menjadi leka dan diambil tindakan oleh pihak institusi pengajian dan ditarik balik penajaan pengajiannya.
Sudah tentu masa depan yang akan dialaminya sangat teruk dan mungkin juga akan mengecewakan ahli keluarganya yang mengharapkan kejayan darinya. Mungkin pada masa muda ini kesan tersebut agak tidak nampak, namun pada kemudian harinya barulah dia akan menyesal kan perbuatannya yang tidak beretika itu.
Rentetan dari peristiwa Bersih 3.0 pada 28 April yang lepas telah menyebabkan ramai pihak berdukacita dan kecewa dengan apa yang telah berlaku. Apa yang diperjuangkan oleh pengikut Bersih 3.0 itu adalah sangat bagus dan dapat diterima oleh semua oiha, namun akibat dari segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyimpang dari matlamat sebenar perhimpunan tersebut diadakan telah menyebabkan banyak keke ohan yang berlaku sehingga mengakibatkan banyak kerugian kepada negara dan oenduduk setempat.
Diharap agar peristiwa seumpama itu dapat dijadikan teladan dan titik tolak dalam kehidupan golongan muda khususnya para mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Para pengikut perhimpunan yang rata-ratanya adalah mahasiswa harus bersikap lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling sebelum melakukan pelbagai cubaan yang boleh dianggap bodoh oleh sesetengah pihak.
Pembabitan mahasiswa dalam bidang politik mampu untuk menonjolkan dan juga memberi nafas baru kepada sesebuah parti politik sekiranya dilakukan dengan cara dan tempat yang betul. Mahasiswa merupakan salah satu aset berharga negara yang mana mampu membuatkan Malaysia lebih dikenali di mata dunia sekaligus menjadikan Malaysia antara negara yang  tersohor di pasaran antarabangsa.
Akhir kata, andai kata ada diantara pembaca adalah salah seorang dari golongan mahasiswa yang mempunyai minat yang mendalam terhadap politik, sebaiknya haruslah belajar tentang selok beloj politik sebelum melangkah masuk ke dalam bidang ini. Mahasiswa berhak memilih mana-mana parti politik yang inigin dianggotainya namun, mereka haruslah memahami teras perjuangan parti yang diperjuangkan bagi melengkapkan diri bagi menangkis dan mempertahan hujah masing- masing di samping mempunyai matlamat yang kukuh. Diingatkan sekali lagi agar semua mahasiswa menggunakan peluang dan kebebasan yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan jangan diperalatkan oleh mana-mana pihak.

P/s : TK nak ingatkan pada anak-anak muda yang teringin nk berjinak-jinak dalam dunia politik agar melengkapkan didi mereka dengan sepenuhnya dahulu sebelum melangkah masuk ke gerbang penuh cabaran ini. Assalamualaikum.

Rasional Pelaksanaan Program 6P



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

               TK merujuk kepada satu artikel dalam akhbar Berita Harian, bertarikh 18 Jun 2012 yang bertajuk “479,843 Pendatang Asing Tanpa Izin Belum Melalui Proses Pemutihan 6P”.

 TK sangat bersetuju mengenai artikel ini dimana penulis mengatakan yang program 6P yang dilaksanakan sejak April tahun lalu sangat penting dan perlu untuk di lakukan oleh mana-mana majikan yang menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi membolehkan mereka bekerja di negara ini secara sah.

Program 6P yang dilaksanakan oleh kerajaan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membolehkan kesemua pendatang asing dikenal pasti dan diambil jumlahnya, terutama yang datang secara tidak sah atau haram. Angka enam (6) pada nama program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program tersebut, bermula dengan pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

 Peratusan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dilihat semakin bertambah saban hari. Jumlah ini membuatkan ramai pihak berasa bimbang berikutan peningkatan kadar jenayah yang semakin tinggi yang rata-ratanya melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI). Ini menguatkan lagi prasangka buruk masyarakat terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ini walaupun jumlah yang datang untuk betul-betul mencari rezeki agak banyak.

Antara rasional pelaksanaan program 6P ini adalah bertujuan untuk keselamatan dimana ia bertujuan untuk mendapatkan data serta biometrik pendatang asing tanpa izin di negara ini, sekali gus juga mendapatkan statistik jumlah mereka di Malaysia, ia juga bagi memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, termasuklah kawalan keluar masuk yang sekali gus juga membolehkan lokasi penempatan mereka dikenal pasti.

Antara tujuan lain termasuklah, untuk membuang persepsi tau pandangan negatif rakyat terhadap Kerajaan yang cenderung disalah anggap sebagai tidak bertindak tegas terhadap isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan juga untuk membolehkan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan mengurangkan bilangan PATI di negara ini. Tindakan ini sekali gus juga bertujuan mengekang perkembangan jenayah yang membabitkan PATI.

Rasional kedua bagi pelaksanaan program 6P ini adalah dari segi industri. Ia bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dengan menukar status tidak sah pekerja asing tanpa izin di negara ini bagi diagih dan ditempatkan bekerja dengan senarai majikan yang berdaftar. Ia juga bagi menambah tenaga kerja tempatan dalam bidang-bidang tertentu yang kebanyakannya di monopoli oleh golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) ini. Ianya sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat kita sendiri.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak-pihak tertentu supaya program seperti program 6P ini dapat dilaksanakan dengan sekerap yang mungkin bagi mengekang kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini. Contohnya setahun sekali. Ianya sekaligus turut membantu dalam menurunkan kadar jenayah yang kian meruncing di negara ini.

Selain itu, pihak-pihak tertentu terutamanya Imegresen haruslah mengenakan denda yang tinggi bagi pendatang asing yang datang tanpa permit yang sah atau pun menjatuhkan hukuman penjara bagi yang telah lebih dari dua kali melepasi sempadan negara tanpa apa-apa permit yang sah untuk ke negara ini. Ianya bagi menginsafkan golongan sebegini untuk tidak lagi masuk ke negara ini dengan cara yang tidak sah.

Cadangan yang ketiga, pihak kerajaan haruslah mengehadkan kuota bagi kemasukan pendatang asing untuk satu-satu masa ke dalam negara walaupun secara sah. Ini boleh mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi penghantaran balik pendatang asing tanpa izin (PATI) ini dan juga bagi mengawal jumlah mereka dalam negara bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan dan juga rusuhan dari berlaku.

Kesimpulannya, program seperti program 6P ini haruslah diberi perhatian yang serius dan mendalam agar kesejahteraandalam negara dapat dikekalkan dan juga dasar tenaga kerja dapat digunakan sebaiknya bagi menjamin kebajikan rakyat negara ini.        

P/s : TK memang pantang sikit dengan kes-kes PATI ni. Bukan apa, sebab dah ramai sangat. Macam kita duduk dekat negara diorang pulak rasa. Para pembaca pula bagaimana? fikirkan dan kongsi bersama TK di sini ya. Assalamualaikum.

empty nest syndrome



"Empty Nest Syndrome refers to the feelings of depression, sadness, or grief experienced by parents and caregivers after their children come of age and leave their childhood homes. This may occur when children go to college or get married. Women are more likely than men to be affected with this syndrome as when the nest is emptying, mothers are going through other significant life events as well, such as menopause or caring for elderly parents. Yet this does not mean that men are completely immune to Empty Nest Syndrome. Men also can experience similar feelings of loss regarding the departure of their children."

Empty Nest Syndrome is not a term that you will find in many medical text books, but it has become a useful ‘label’ or tag for the feelings of sadness and loss, which many individuals experience when their children fly the nest or away from home.
In oversea, this syndrome it is most commonly happened in autumn, when the vast numbers of teenagers will go to college or university. But, in our country it can also happen when a child gets married, because matrimony is a clear signal that parents are no longer needed in the ways they once were.
Actually, it is natural for a parent to feel some sadness when the children leave home. Indeed, it is normal to have a little weep now and again – or even go into the absent child's bedroom and sit there for a while in an attempt to feel closer to him or her. There is a successful, busy and confident woman who admitted she used to go into her son's bedroom to sniff his dirty T-shirt and have a little cry, after he left for university for the first time. It is not an ashamed feeling that one should not revealed, but it happen to almost most parents.
However, if the parents experience severe symptoms such as they feel that their useful life has ended when their children is no longer stay at home and be with them, they were crying excessively, especially the mothers that make them do not want to go and mix with their friend and sometimes, they even do not want to go to works. They are very sad and for those who experienced these symptoms, they need to go to counseling session as it will continued for a longer time and resulted in a very bad condition.
In this kind of situation, what seems to happen is that the child's departure unleashes seriously depressed feelings, and these probably need treating. If it is not being treated early, it will cause a lot of trouble and become less productive. So, going to meet a counselor will lighten the burden and also help the parent to overcome and control their emotions and get the feeling into good perspective. 
One the other hand, one good thing to do is to lean on your friends – particularly if they have experienced ‘empty nest syndrome’ themselves at some point. The parents can always ask for advices and any other solutions from their friends regarding this problem. This can make them to feel more relief and calm to face any consequences. They can always exchange their feeling and information on how to curb their sadness from being too much and it will let themselves suffered without any limit.       
  However, many parents especially the mothers are work these days; therefore they will feel less emptiness when their children leave home. Also, an increasing number of adult children between 25 and 34 are now living with their parents at home. According to psychologist, Allan Scheinberg, they note that these "boomerang kids" want the "limited responsibility of childhood and the privileges of adulthood." But, the children may also return home due to economics, divorce, extended education, drug or alcohol problems or temporary transitions.
Although they are working, but at the end of the day, they will feel the emptiness in their life as they are retired and stay at home without doing anything. During their work days, they have little time to spend with their family, so when it come to their retiree days, they will want their children to be with them.            
Therefore, the Empty Nest Syndrome is very common to attack our community without looking at what their races and religions. Everyone have the same or equal chances to get this syndrome as they grew older. Parents need to physically and mentally prepare to face this syndrome. As for the children, please spend your time more with parents where there is time and space. Once the children move to another phase in their life, whether be in working field or marriage, those opportunities to be with parents will slowly diminished regard to time limitations.


P/s : TK rasa, mak ayah kita nanti jadi macam tu tak agak2? hmm. luangkan masa bersama mereka selagi terdaya. Assalamualaikum.


siapa saya?

healthy,young and overconfident.

geng gedegang