Tuesday, 10 April 2012
BUKAN SALAH LAGU YANG BERKUMANDANG
"bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali"
Mungkin bait-bait ayat di atas pernah didiengari oleh kalian dan juga mungkin tidak. bagi individu yang pernah mendengar, pasti tahu apa yang ingin saya perkatakan disini. masyarakat seharusnya menjadi lebih peka dan sensitif dalam isu-isu sebegini. sebelum menuduh atau menghukum sesuatu itu, haruslah kita memikirkannya dengan lebih mendalam dan terperinci. tuduhan tanpa usul periksa ibarat menghukum seseorang untuk satu kesalahan yang tidak pernah dilakukan waima terlintas untuk melakukannya.
Manusia diberi akal dan fikiran untuk berfikir sama ada muzik itu mampu untuk mempengaruhi hidup dan tindakan seseorang individu untuk melakukan suatu tindakan di luar norma kehidupan.
Isu pengharaman lagu "bawaku pergi" yang dinyanyikan oleh Zizan dan Kaka tidak akan pernah terjadi sekiranya masyarakat menjadi lebih prihatin dan tidak mengamalkan sikap menuding jari ke arah orang lain untuk setiap kesalahan yang dilakukan.
Bagi saya, isu ini sungguh memalukan, namun bukan bagi Zizan dan Kaka dan juga penciptanya, Malique, tapi bagi masyarakat kita sendiri yang tidak betah melihat dan mendengar tanpa memberi komen. namun, selaulunya komen yang diterima bukan lah yang membina, malah menjatuhkan. Sesungguhnya, sikap dan perlakuan individu itu dipengaruhi oleh cara asuhan, pemikiran, bukan hanya pada faktor sekeliling.
Sebagai masyarakat, kajilah dan selamilah adakah wajar lagu yang dicipta hanya untuk meluahkan rasa yang tersimpan di hati pencipta tanpa ada satu niat yang tidak elok dan menghasut ini sebelum membuat suatu tuduhan dan jadilah masyarakat yang mampu berfikir jangan hanya menurut akan kata yang lain.
sekian.
P/ s: Tinggalkan komen anda jika ada sesuatu yang anda ingin kongsikan bersama. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
siapa saya?
- zainighani
- healthy,young and overconfident.
No comments:
Post a Comment