Sunday, 27 May 2012

ALKISAH PENARI TIANG DAN RM25NYA

   
      Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada pembaca yang sudi menjengah walaupun hanya sebentar di ruang ini, bukan tempat lain juga kan? TEMPAT KITA juga, tiada salahnya. Melihatkan keadaan dan keletah-keletah anak muda zaman sekarang ini, dapat TK rumuskan bahawa rata-rata masyarakat kita sekarang lazimnya golongan yang agak tua, maafkan TK, yang umurnya menjangkaui lebih dari setengah abad misalnya, tidak terkejut dengan gejala-gejala yang melanda golongan -golongan muda ini. Salah satu penyebab yang TK mahu bincangkan di sini adalah mengenai penari tiang yang dikenakan denda sebanyak RM25.

      Pada dasarnya memanglah jumlah denda yang dikenakan itu agak tidak berbaloi dengan apa yang telah dilakukan oleh penari-penari ini yang sanggup melakukan perihal yang tidak senonoh waima merenggut maruah diri mereka yang dianggap sangat rendah seakan-akan minta dibelasah. Tapi TK ingin menjelaskan bahawa, disini di TEMPAT KITA, kita diminta untuk berfikir secara waras dan sedar sebelum melakukan sesuatu tindakan dan keputusan walaupun untuk kekeliruan yang kecil seperti mahu membeli gula atau susu. Ianya harus dikaji dan diteliti dengan mendalam agar keputusan yang kita lakukan itu tidak hanya berat sebelah dan boleh diterima akal, bukan nafsu. Maafkan TK.

     Pada dasarnya, keputusan mahkamah sememangnya adil dan terperinci. Cuba pembaca TK renungkan dan fahamkan, kesalahan yang dilakukan oleh penari tiang ini hanyalah tertakluk kepada Seksyen 21 Akta Kesalahan - Kesalahan Kecil 1955 di mana penalti atau denda yang dikenakan tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari. Penalti yang dikenakan bukanlah bertujuan untuk menghukum pesalah, namun ianya sebagai peringatan kepada pesalah untuk tidak mengulangi perlakuan tersebut. Jadi bagi TK perkara sebegini adalah sangat subjektif dan apa yang dilakukan oleh pihak yang terlibat adalah wajar bagi TK kerana kalau kita mahu mengubah atau memprotes denda yang dilaksanakan ianya haruslah diimplimentasikan dari awal. Dalam bahasa mudahnya, pihak berkuasa kena menyelaraskan akta-akta yang sedia ada dan menggubal satu akta khusus bagi kesalahan seperti ini. 

     Seperti yang TK dan anda-anda semua sedia maklum, untuk menggubal atau membuat sesuatu akta, ianya memakan masa untuk mengkaji kesan, akibat adn juga tahap keefektifan pelaksanaannya. Disebabkan tiada satu akta pun yang termaktub yang mana berkaitan dengan "pole dancer" ini, maka mahkamah majisterit mengambil langkah dengan mengenakan bayaran denda sebanyak RM25. 

      Mohon semua pembaca TK untuk berfikir mengenai persoalan yang akan TK sampaikan ini. Kesalahan yang dilakukan oleh penari-penari tiang ini tidak termaktub dalam mana-mana kesalahan kecuali Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mana pesalah dikenakan denda kurang dari RM25 atau penjara maksimum 14 hari, maka mahkamah mengenakan denda RM25. Cuba pembaca TK bayangkan, jika tidak ada apa-apa hukuman yang dikenakan, pastinya masyarakat akan menjadi lebih berang dengan kebanjiran dan longgokkan maksiat dan dosa yang dilakukan yang mampu mengaitkan lebih banyak remaja untuk turut terlibat malah merendahkan institusi kekeluargaan mahupun kenegaraan akibat dari pengabaian dan sifat keprihatinan yang menipis. Keadaan ini pastinya sukar bagi pihak yang terlibat dan menjadi dilema bagi mereka khususnya pihak penggubal undang-undang. Huh, dah macam KJ dah TK ni bagi pendapat pasal isu "pole dancer".

      Di sini TK ada satu cadangan yang TK rasa bernas dan bagus untuk difikirkan secara bersama, iaitu, akta - akta yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan kecil atau "minor offences" ini digubal secara menyeluruh dan di tulis secara spesifik yakni terus dan telus agar ianya setimpal dengan apa yang dilakukan oleh pesalah terbabit. Namun, jika ianya agak mustahil, pihak yang berwajib juga boleh merangka satu akta baru yang memfokuskan pada kesalahan sedemikian rupa agar semua pihak khususnya masyarakat berpuas hati dengan apa sahaja usaha yang dilakukan.

P/s : Sila tinggalkan sebarang pandangan dan komen anda disini agar dapat sama-sama kita betulkan dan perbaiki sebarang keputusan. Assalamualaikum.                                 

No comments:

Post a Comment

siapa saya?

healthy,young and overconfident.

geng gedegang