Monday, 28 May 2012

SIGNIFIKASI DEBAT POLITIK TERBUKA


     Assalamualaikum, bertemu kembali kita nampaknya. Hari TK akan bercakap pasal debat politik terbuka ekoran dari fenomena debat PTPTN antara KJ (Khairy Jamaludin), Ketua Pemuda UMNO dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR, yang berlangsung pada  23 Mei 2012 yang lepas. Apa reaksi pembaca mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju dengan amalan debat politik terbuka sebegini mampu memenuhi dan juga mewujudkan lebih persefahaman antara pari politik di negara.

     Bagi TK, sudah tentulah TK bersetuju dengan debat terbuka ini kerana ianya adalah salah satu persaingan sihat dalam usaha untuk memberikan dan menjanjikan yang terbaik untuk rakyat, walaupun ia sekadar janji bulan dan bintang. Maafkan TK andai ada pihak yang terasa dengan telahan TK ini. 

       Bagi TK, dengan adanya debat politik yang terbuka ini dapat kita himpunkan penyokong dari kedua-dua pihak yakni dari penyokong kerajaan dan juga pihak pembangkang untuk mendengar ucapan dan penjelasan dari  pemimpin di kedua-dua belah pihak tanpa menggunakan apa-apa perantaraan atau orang tengah kecuali moderator lah.

       Selain itu, apa sahaja yang menjadi persoalan dalam benak kedua-dua pihak dapat dilunaskan sekaligus meleraikan segala kekusutan yang mungkin membelenggu walau tidak kepada pihak pendebat, mungkin kepada para penyokong, maklumlah kadang kala penyokong lah yang menjadi tonggak kepada segala macam hal yang berlaku. Mungkin semangat yang di sumbangkan adalah sangat melampau, mungkin. 

        Pendekatan yang dilaksanakan membolehkan kedua pihak mengajukan soalan dan juga mendengar dengan sendiri jawapan daripada pihak lawan jelas sangat menggambarkan bahawa debat sebegini mampu membuatkan soalan yang diajukan dijawab dengan kadar yang segera dan terang-terangan tanpa perlu berselindung. 

          Yang akhir sekali supaya penyokong kedua-dua nya ini dapat mengetahui letak duduk sebenar akan segala permasalah dan juga isu yang kian meruncing tatkala pilihanraya yang bakal menjelang tak lama lagi.

           Namun begitu, jika ada dalam kalangan pembaca TEMPAT KITA ini berpendapat bahawa debat sebegini adalah tidak perlu, pastinya alasan yang diberikan adalah kadang-kala perbincangan yang membincangkan sesetengah topik itu mungkin akan melencong ke arah lain atau keluar daripada topik sehingga menyebabkan ada diantara penyokong yang menyifatkan pendebat tidak menjawab soalan yang diajukan. 

               Alasan yang TK rasa paling banyak akan diberikan semestinya amalan debat politik terbuka ini akan menimbulkan semangat atau rasa amarah yang kuat dalam diri setiap penyokong kedua-dua pihak yang mana akan menggusarkan semua masyarakat dan juga para pendebat itu sendiri. kadang kala penyokong boleh bertukar menjadi sangat emosional hanya gara-gara pendebatan parti politik. 


P/s : Jika ada sebarang cadangan atau pandangan silalah tinggalkan di sini. Kenapa singgah kalau tak masuk? Sekadar jenaka bersahaja. Assalamualaikum.                

      

       
                 

No comments:

Post a Comment

siapa saya?

healthy,young and overconfident.

geng gedegang