Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Pemimpin berperanan memacu perkembangan dan juga memandu orang bawahannya untuk menjadi lebih proaktif dan juga menjana produktiviti yang jauh lebih tinggi dalam pembentukan mentaliti dan juga semangat kendiri dalam diri mereka.
Dalam erti kata lain, kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung pada pemimpin yang memerintah, jika baik atau bagus pemerintahannya, maka akan majulah organisasi terbabit, namun jika pemimpin itu sendiri melakukan dasar pemerintahan yang agak tidak bagus yakni entah apa-apa punya dasar pemerintahan atau dasar awangan maka kepincangan lah yang akan dialami oleh organisasi tertersebut.
Selain itu seorang pemimpin haruslah mempunyai kesihatan dari segi fizikal dan juga data ketahanan mentaliti yang tinggi dan juga disiplin diri yang sangat utuh bagi mempersiapkan diri melalui sebarang liku-liku dan juga cabaran pahit getir sepanjang pemerintahan.
Pemimpin mempunyai keupayaan dan juga kebolehan untuk mempengaruhi yang membolehkan diri mereka digelar sebagai pemimpin. Keupayaan ini seharusnya digunakan dengan sebaik-baik mungkin untuk tujuan yang baik bagi menjamin kesejahteraan sejagat bukan hanya orang bawahannya sahaja. Mohon maaf andai ada pihak terasa dengan apa yang TK katakan ini.
Satu benda yang penting bagi seorang pemimpin juga termasuklah mempunyai visi ynag jelas dalam pemerintahannya, yakni perangkaan jangkaan masa panjang. Dalam pada mempunyai itu, pemimpin juga harus dipilih dalam kalangan golongan yang berilmu pengetahuan yang luas dan juga mempunyai kesungguhan pada tahap yang jitu dalam melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan terhadapnya.
Karisma. Satu ayat yang cukup untuk membuatkan seseorang dianggap dan dinilai sebagai seorang pemimpin yang bagus kerana ciri-ciri karisma yang ada dalam diri beliau. karisma ini secara lahiriahnya adalah suatu sifat yang kita tidak perlu membentuknya, namun ianya hadir secara semulajadi yang juga dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pakej atau teori "great man".
Dalam pada kita menyanjung contoh-contoh kepimpinan dari negara luar misalnya, kita sebagai sebuah negara Islam waima sebagai umat Islam sendiri haruslah memasukkan unsur-unsur Islamik dalam pemilihan pemimpin. TK rasa tiada salah atau cacat celanya jika kita mengambil contoh yang ditunjukkan oleh Rasullullah S.A.W dalam pemerintahannya sebagai garis panduan kita dalam mentadbir organisasi ataupun negara yang mana memegang kuat pada ciri-ciri Al-Hilm, iaitu tidak cepat marah, seorang yang mempunyai sifat amanah dan tidak ketinggalan juga seorang yang menepati janji dan juga tidak hanya tahu menabur janji dan juga bulan dan bintang.
Sebagai seorang rakyat yang boleh membaca dan menilai, TK rasa pembaca di luar sana tak lupa juga yang lainnya mampu untuk bangun dan membuat keputusan yang terbaik bukan hanya bagi diri kalian sendiri tapi untuk masa depan negara.
P/s : Masa depan negara di tangan anda. Daftarlah sebagai pengundi. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment